Strategi Berguna untuk Solat Fardu di Masjid Nabawi



1) Pengurusan Masa 


Mohon semua mempersiapkan diri sekurang-kurangnya 45 minit sebelum masuk waktu, bergerak ke masjid 30 minit sebelum masuk waktu jika mahu bersolat dalam Masjid Nabawi.
Jangan lupa minumlah air zamzam setiap kali masuk masjid.


2)Sila bawa sejadah sendiri, 
mohon semua maklum walaupun carpet dalam sangat indah dan dibersih dengan rapi. sejadah seeloknya bersaiz kecil dan tidak menyebabkan saf putus oleh ruang sedah yang besar. 


namun bilangan jemaah yang membanjiri masjid saban waktu menyebabkan ia menjadi kurang condusif kepada jemaah yang agak lemah daripada segi kesihatan (batuk, selsema, demam dll). Jemaah negara seperti India dan Pakistan dan Bangladesh kebiasaan mempunyai definisi kebersihan yang berbeza dengan masyarakat Malaysia. Jemaah dari negara Arab kadang kala memakai kasut dalam masjid. Oleh itu kita harus mempunyai extra sejadah untuk extra perlindungan.

3) Pilih kawasan solat
berhampiran dengan jemaah berbahasa Melayu: Malaysia, Indonesia, Singapura dan seumpamanya. Nak senang cerita cara kawasan jemaah berpakaian putih.

4) Pilih kawasan bukan laluan



contohnya berhadapan dengan tiang, berhadapan dengan rak al- quran, berhadapan dengan dinding pembahagi kawasan.


5) Jika suka sejuk pilih saf yang dibelakang ada tiang, kerana aircond ditempatkan di tiang-tiang dalam Masjid Nabawi ini. (jika musim sejuk Januari, Feb dan March maybe tak perlu berada hampir dengan aircond bimbang wuduk tidak dapat bertahan lama). 

6) Pecah kumpulan sekiranya lambat (berpecah daripada kumuplan), dan jalan single bagi memudahkkan dapat tempat solat dalam masjid.

Jangan lupa atau tinggalkan solat badiyattan dan qabliyah

7) Jangan solat di dataran (dibawah payung-payung cantik, kerana pahala solat didataran sama sahaja seperti solat di masjid-masjid biasa).
Kawasan Jemaah lelaki


Kawasan Jemaah Wanita
Tidak ada solat tahiyyatul masjid dan niat iktikaf di dataran.

 8) Solat Jenazah selepas solat fardu. 
sempat solat sunat badiyatan dua rakaat dengan cepat tanpa melengah-lengahkan masa atau bercakap kosong. Selesai solat badiyatan bersedia untuk solat jenazah, imam biasa akan memberi maklum berkenaan solat jenazah, jenazah lelaki atau perempuan. Pahala sebesar bukit Uhud. 







Comments

Popular posts from this blog

Kaedah Mudah ke Raudhah khas buat Wanita

6 Faktor Rayuan Haji di Luluskan