Kaedah Mudah ke Raudhah khas buat Wanita
Kelebihan Masjid Nabawi pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 1,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya ada makam Nabi dan sebagai sebuah taman daripada taman syurga.
Hal ini disebut di dalam sebuah hadith, yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda:
صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ، وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ
Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”.
[Riwayat Ahmad (15271)] [Sanadnya adalah sahih mengikut syarat Imam al-Bukhari menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth ketika beliau mentakhrijkan hadith ini di dalam musnad Ahmad]
Jadual untuk jemah wanita masuk kemasjid Nabawi
(
No
Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W
Disarankan untuk memberbanyakkan selawat ke atas Nabi
Beg sandang mestilah dibuka sebelum pekerja keselamatan masjid membuat pemeriksaan, sentiasa memudahkkan urusan orang insyaAllah urusan kita dimudahkan. Kebiasaanya pekerja yang bertugas hanya melihat dan memberi keutamaan utk masuk kepada jemaah yang telah ready buka beg terlebh dahulu daripada jemaah yang tidak meberi kerjasama atau lambat mebuka beg sandang akan di buat pemeriksaan rapi.
Gambar paling dekat dengan pintu masuk untuk Wanita ke dalam Masjid Nabawi. Camera atau H/P berkamera tidak dibernarkan di Masjid Nabawi. Tanda larangan membawa h/p dan h/p kamera ada di setiap ruang adalam masjid. Jika kurang bernasib baik semasa pemeriksaan, pegawai akan merampas h/p kepunyaan kita. Tip sorok hp bahagaian bawah dan buka tunjukkan bag soalah-olah tidak ada barang merbahaya dan hp dalam beg sandang. Ada ustaz ajarkan sorok dalam sokin siap-siap hp dr awal.
Beg Selipar atau Plastik atau Karung
Pastikan kasut di buka sebelum masuk ke masjid dan dimasukkan ke dalam bag kasut yang di sediakkan oleh Travel Agent. Sila bawa bersama selipar atau kasut anda dan letakkan di rak berdekatan dengan tempat solat anda. Rak kasut di sediakan di seluruh masjid di setiap tiang-tiang di dalam masjid. Mesti ingat nombor rak yang anda letakkan supaya tidak terlupa sekiranya bergerak kehadapan semasa memenuhkan saf untuk solat fardu.
Tips Solat Fardu
Mohon semua mempersiapkan diri sekurang-kurangnya 45 minit sebelum masuk waktu, bergerak ke masjid 30 minit sebelum masuk waktu jika mahu bersolat dalam Masjid Nabawi.
Jangan lupa
Sila bawa sejadah sendiri, mohon semua maklum walaupun carpet dalam sangat indah dan dibersih dengan rapi. namun bilangan jemaah yang membanjiri masjid saban waktu menyebabkan ia menjadi kurang condusif kepada jemaah yang agak lemah daripada segi kesihatan (batuk, selsema, demam dll). Jemaah negara seperti India dan Pakistan dan Bangladesh kebiasaan mempunyai definisi kebersihan yang berbeza dengan masyarakat Malaysia. Jemaah dari negara Arab kadang kala memakai kasut dalam masjid. Oleh
Pilih kawasan solat berhampiran dengan jemaah berbahasa Melayu: Malaysia, Indonesia, Singapura dan seumpamanya. Nak senang cerita cara kawasan jemaah berpakaian putih.
Pilih kawasan kurang dilalui contohnya berhadapan dengan tiang, berhadapan dengan rak al- quran, berhadapan dengan dinding pembahagi kawasan.
Jika suka sejuk pilih saf yang dibelakang ada tiang, kerana aircond ditempatkan di tiang-tiang dalam Masjid Nabawi ini.
Sekiranya lambat, pecah kumpulan dan jalan single bagi memudahkkan dapat tempat solat dalam masjid.
Jangan lupa atau tinggalkan solat badiyattan dan qabliyah
Jangan solat di dataran (dibawah payung-payung cantik, kerana pahala solat didataran sama sahaja seperti solat di masjid-masjid biasa).
Tidak ada solat tahiyyatul masjid dan niat iktikaf di dataran.
Cara ke Raudhah (Tanpa mutawif)
Periksa jadual masuk ke Raudah, waktu yang disarankan dalam pukul 9 pagi keatas.
Para Jemaah boleh pergi dalam kumpulan kecil dalam tiga, empat atau lima.
Daripada lalauan masuk ruang solat wanita sila bergerak ke kiri sehingga menghala ke kubah Hijau (Makam Nabi Muhammad S.A.W).
Kebanyakkan kawasan di tutup dengan penghalang. Padtikan para jemaah sekalian sampai di ruang menunggu untuk ke raudah. Jemaah dalam kumpulan 50 orang dalam satu kumpulan mengikut negara Asia (berbahasa Melayu; Malaysia, Indonesia, Singapura, dll), atau bukan Asia di bernarkan masuk secara berasingan.
Jika bilangan kumpulan tanpa mutawif ini 3 hingga 5 orang boleh selit masuk dalam kumpulan jemaah Indonesia, selit masuk dengan sopan sampai kebarisan kiri tepi tepi tiang sebelah penjaga pintu masuk. Jemaah juga boleh juga cuba teknik yang sama untuk sebelah kanan. Jangan berebut-reput dan bertolak-tolak, sila bersopan santun dan merendahkkan suara kerana anda berada berhampiran makan Rasulullah dan Masjid Nabi.
Version Bahasa Melayu
Version bukan Bahasa Melayu
Kawasan Raudah
Laluan Keluar dari Raudhah (kawasan wanita)
Solat Sunat Mutlak di Raudah
Cara solat sunat mutlak sendiri sama seperti cara mengerjakan solat sunat lain pada umumnya, dimana kita membaca niat solatnya terlebih dulu.
Niat Bahasa Melayu untuk solat sunat Mutlak:
"Sahaja Aku Solat Sunat Dua Rakaat Tunai Kerana Allah Taala"
Rakaat pertama:
Membaca suratan Al Fatihah dan juga membaca suratan pendek yg anda ketahui.
Membaca suratan Al Fatihah dan juga membaca suratan pendek yg anda ketahui.
Teruskan sehingga kita membaca tahiyat akhir dan akhiri dengan salam seperti biasa.
Peta Masjid Nabawi (Masjid Nabi)
Solat-solat sunat yang paling utama
Solat Sunat Taubat
Solat sunat Tahjjud
Solat Sunat Hajat
(sila rujuk buku panduan solat-solat sunat)
Kes terbatal wuduk, boleh gunakkan spray wuduk untuk berwuduk. Jika para jemaah wanita kurang yakin untuk melakukkan wuduk dengan menggunakan spray atau rasa tak puas berwuduk dengan spray sebab sudah terbiasa menggunakkan air yang banyak utk wuduk di Malaysia. Anda tidak perlu risau banyak tempat wuduk dan tandas di sediakkan yang laing dengan dengan kawasan solat wanita ada dua atau berhampiran pintu masuk sebelahan pegawai masjid. Jika ingin ke tandas dalam ruang wuduk itu sila ke tingkat bawah.
Hati-hati, ramai jemaah mengambil wuduk dirunag terbuka iaitu kawasan minuman. Berwuduklah dengan sempurna dengan menjaga Aurat dikawasan wuduk sebelah tempat minuman.
Air Zamzam ini disarankan supaya dapat mengelakkan batuk dan tak terlalu sejuk.
Adapun begitu semua air zamzam adalah baik. bacalah doa berikut :
dengan penuh keyakin pohan ape yang dihajati dan minum dengan sopan tanpa menumpahkkan air kelantai.
Jangan Tinggal Solat Jenazah
solat empat takbir pahala sebesar Bukit Uhud (rujuk panduan solat jenazah)
Banyakkan membaca al-quran
Banyakkan bersedekah
- share kurma
-share makanan
-bersedekah duit
Kadaq Solat setiap masa
beristirfar, zikir dan amalan baik- yang di sarankan.
Note: sebahagian tips sahaja , maybe jemaah lain mempunyai tips yang lain ynag boleh membantu jemaah lain juga .
Comments
Post a Comment